AsSyahid Sayyid Qutb

Karya-Karya Penulisan Sayyid Qutb.

Sepanjang hayatnya Sayyid Qutb telah mengarang lebih daripada dua puluh buah karya yang meliputi pelbagai bidang seperti sastera,pendidikan,ekonomi,kemasyarakatan,falsafah dan keagamaan.

Diantara himpunan buku-buku kusasteraanya ialah:

1.Muhimmah al-Syair fi al-Hayah.
2.Al-Taswir al-Fanni fi al-Quran.
3.Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran.
4.Al-Naqd al-'Arabi-Usuluhu wa Manahijuhu.
5.Naqd Kitab Mustaqbal al-Thafaqah fi Misr,

Manakala buku-buku bercorak memori ialah:

1.al-Tifl min Qaryah.
2.Al-Atyaf al-Araba'ah.
3.Asywak.
4.Al-Madinah al-Masyurah.

Buku-buku pendidikan dan pelajaranya pula ialah:

1.Al-Qisas al-Diniyy.
2.Al-Jadid fi al-Lughah al-Arabiyyah.
3.Al-Jadidi fi al-Mahfuzat.
4.Rawdah al-Atfal.

Semantara himpunan dan buku-buku mengenai kemasyarakatan,ekonomi dan Islam ialah:

1.Al-'Adalah al-Ijtima'iyyah fi al-Islam.
2.Ma'rakah Islam wa al-Ra'sulmaliyyah.
3.Al-Salam al-'Alami wa al-Islam.
4.Nahwa' Mujtama' Islami.
5.Fi Zilal al-Quran.
6.Khasa'is al-Tasawwur al-Islamiyy.
7.Al-Islam wa Musykillah al Hadarah.
8.Dirasat Islamiyyah.
9.Hadha ad-Deen.
10.Al-Mustaqbal li Hadha ad-Deen.
11.Ma'alim fi al-Tariq.

Selain dari apa yang dicatitkan terdapat lebih daripada tiga puluh karyanya yang tidak dibukukan.Kebanyakannya  adalah rencana-rencana bercorak kritik dan ulasan beliau terhadap karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis lain,sama ada dari Mesir atau negara luar.Kebanyakan rencana tersebut dimuatkan oleh majalah-majalah dan akhbar-akhbar harian Mesir seperti al-Risalah,al-Liwa',al-Jadid,al-Da'wah,al-Sarkhah,Masr al-Fatah,al-Ishtirakiyyah.

Selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1954 sehingga dihukum mati pada tahun 1966,Sayyid Qutb menghasilkan buku-buku seperti Hadha ad-Deen,Khasa'is al-Tasawwur al-Islamiyy wa Muqawwimatihi,al-Islam wa Mushikilah al-Hadarah,Fi Zilal al-Quran cetakan kedua dan Ma'alim fi al-Tariq.Buku yang terakhir ini menjadi bahan bukti pertuduhan bahawa beliau mengkafirkan pemerintah dan masyarakat yang menyokong pemerintah tersebut sebagai Jahilliyyah.Sayyid Qutb dikatakan menyeru umat Islam supaya menggulingkan pemerintah .Berasaskan tuduhan inilah beliau dikenakan hukuman mati.

Buku-buku ini cuba menghasilkan satu konklusi mengenai persoalan-persoalan tersebut berdasarkan kajian di sudut aqidah Islamiyyah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan